Profile

Name: Yaya
Age: 22

Birthday: 19 April 1992

Archives

November 2014

Links

Link
Link
Link
Link
Anime Skies

Tagboard

Have a tagboard here, more links, anything! This column extends forever! Wow! [-.-]

Wednesday, November 19, 2014

Siapa tak kenal Tok Awang Ngah memang akan menyesal...

Bukan apa, kalau anda semua kenal David Copperfiel, tukang ahli sihir dan kini Criss Angel yang kini berleluasa dan amat nyata sihirnya. Sedangkan Tok Awang Ngah ini adalah seorang tukang ubat atau pakar ubatan tradisional. Ada yang memanggilnya Ustaz.

TOK AWANG NGAH

Nama sebenar beliau adalah Abdul Latip bin Ahmad. Tok Awang Ngah adalah nama pena beliau dalam hasil karya dari pengalaman beliau sendiri. Beliau merupakan penulis terkenal dalam tahun 80-an dan 90-an. Beliau banyak menghasilkan buku-buku seram yang lebih dari 50. Abdul Latip bin Ahmad lebih dikenali sebagai Lebai Awang adalah anak kedua dari 10 orang adik beradik. Dilahirkan di dalam keluarga yang pentingkan ilmu agama, tidak mustahil pengalaman yang beliau ada adalah berpandukan dari perubatan yang dilakukan oleh ayah beliau iaitu Haji Ahmad.

 Kisah-kisah seram yang dipersembahkan dikatakan berdasarkan kisah benar yang dirakamkan daripada pengalaman beliau sendiri. Menariknya, kisah-kisah yang diceritakan amat berbeza dengan buku-buku seram dan mistik yang biasa kita lihat. Buku-buku penulisan Tok Awang Ngah menceritakan bagaimana beliau sendiri menghadapi penentangan jin dan syaitan dengan menggunakan kalimat doa ayat-ayat suci Allah S.W.T.


_______________________________________________________________


Berbalik kepada saya, saya memang salah satu penggemar buku-buku Tok Awang Ngah. Sayangnya, buku-buku beliau sukar didapati. Saya hanya dapat meminjam buku-buku beliau dari pusat perpustakaan. Hampir kesemua buku-buku di perpustakaan saya baca, tetapi masih ada lagi yang belum dibaca. Hanya segelintir sahaja dikeluarkan di perpustakaan...


Seperti biasa, buku Tok Awang Ngah memang buku 80-an, iaitu pembentukkan tulisan karya beliau sangat kemelayuan dan kadangkala bukan apa, saya harus membacanya berulangkali untuk memastikan dan memahami apa jumlah ayat yang jarang ditulis dalam masa kini. Konteksnya seakan-akan membaca kitab-kitab agama bertuliskan jawi. 


Bila membacanya, seakan-akan saya seperti di dalam buku tersebut sedang menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Bagaimana orang itu dirasuk, diubati dan dirawati. Memang lain dari yang lain kita baca mahupun tonton di televisyen. 


Tok Awang memang betul-betul berlandaskan Al-Quran, beliau tidak menggunakan kaedah-kaedah lain selain Al-Quran. Walaupun ada sedikit bahan lain seperti limau purut, lidi dan lain-lain lagi tetapi itu adalah sebagai sandaran dan itu hanya sementara waktu saja. Lagipun beliau dilahirkan dari bangsa kaum Melayu, dibesarkan di perkarangan kampung dan hidup bersama dengan orang-orang Melayu, jadi perkara-perkara seperti limau purut atau dikenali sebagai kepercayaan orang Melayu memang ada tak sedikit sebanyak. Asalkan tidak keluar dari syariat Islam. 


Tajuk-tajuk yang dipaparkan oleh Tok Awang Ngah juga pelik-pelik dan ganjil. Namun ia tidak menafikan bahawa semua boleh berlaku dengan izin Allah s.w.t. Tidak mustahil!


Seperti yang saya baca, apabila Tok Awang Ngah sendiri memasuki alam jin kemudian beliau berlawan dengan makhluk tersebut dengan hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. 


_________________________________________________________________



Sebenar banyak lagi penulis-penulis seperti Tok Awang Ngah. Saya mengaku saya masih lagi kerdil dalam ilmu sebegini

Wallahualam.

7:22 AM
Unknown

Assalamualaikum...

Saya selaku pemilik blog ini ingin terdahulu mengatakan selamat datang!

Blog ini, insha Allah akan dipenuhi dengan kisah-kisah misteri, seram dan info tentang agama. Walaubagaimanapun, saya tak mahu apa yang saya kongsi disini menjadi isu-isu yang sensitif. Biarlah kita simpan di hati, dan jangan terbawa-bawa dan ta'sub.

Blog ini akan ditulis dengan bahasa melayu sepenuhnya. Bahasa Inggeris akan digunakan tapi tidak banyak.

Sekarang ini seperti biasa, saya sedang mendengar radio Singapura terkenal iaitu Ria 98.7fm. Dan saya sedang menanti rancangan Misteri Jam 12 dari DJKC.

Saya amat menggemari rancangan radio ini dari 2 tahun lepas, lagi-lagi bila dimuatturunkan menerusi YouTube. Memang mudah untuk dikesani dan kita tidak lagi ketinggalan. Bila-bila masa kita boleh mendengarnya, sambil makan, sambil mengemas rumah, memandu kereta, sambil membuat tugasan mahupun apabila sedang menemani anda sebelum tidur.

Kisah-kisah seram Misteri Jam 12 semalam pada tanggal 19.11.14 boleh tahan seram! Kadang-kadang sampai berpeluh mendengar kisah-kisah pengirim ini. Kalau bab-bab yang pemanggil talian ini memang bukan kegemaran saya sebab kadangkala pemanggil itu suaranya tidak jelas apatah lagi kisahnya. Alang kepalang baik suruh KC sahaja yang menceritakan. Hahahahaha.. Ditambah pula dengan pemanggil yang suka berbual panjang, entah apa yang dibualkannya dengan si pemanggil yang kerap di dalam talian.

Oklah, saya undurkan diri saya dahulu. Selamat malam.
Wassalam

6:54 AM
Unknown

Layout by Yiling of Anime Skies