|
Profile
Age: 22 Birthday: 19 April 1992
Archives Links Link Link Link Anime Skies Tagboard
|
Wednesday, November 19, 2014 Assalamualaikum... Saya selaku pemilik blog ini ingin terdahulu mengatakan selamat datang! Blog ini, insha Allah akan dipenuhi dengan kisah-kisah misteri, seram dan info tentang agama. Walaubagaimanapun, saya tak mahu apa yang saya kongsi disini menjadi isu-isu yang sensitif. Biarlah kita simpan di hati, dan jangan terbawa-bawa dan ta'sub. Blog ini akan ditulis dengan bahasa melayu sepenuhnya. Bahasa Inggeris akan digunakan tapi tidak banyak. Sekarang ini seperti biasa, saya sedang mendengar radio Singapura terkenal iaitu Ria 98.7fm. Dan saya sedang menanti rancangan Misteri Jam 12 dari DJKC. Saya amat menggemari rancangan radio ini dari 2 tahun lepas, lagi-lagi bila dimuatturunkan menerusi YouTube. Memang mudah untuk dikesani dan kita tidak lagi ketinggalan. Bila-bila masa kita boleh mendengarnya, sambil makan, sambil mengemas rumah, memandu kereta, sambil membuat tugasan mahupun apabila sedang menemani anda sebelum tidur. Kisah-kisah seram Misteri Jam 12 semalam pada tanggal 19.11.14 boleh tahan seram! Kadang-kadang sampai berpeluh mendengar kisah-kisah pengirim ini. Kalau bab-bab yang pemanggil talian ini memang bukan kegemaran saya sebab kadangkala pemanggil itu suaranya tidak jelas apatah lagi kisahnya. Alang kepalang baik suruh KC sahaja yang menceritakan. Hahahahaha.. Ditambah pula dengan pemanggil yang suka berbual panjang, entah apa yang dibualkannya dengan si pemanggil yang kerap di dalam talian. Oklah, saya undurkan diri saya dahulu. Selamat malam. Wassalam |
| Layout by Yiling of Anime Skies | |